Gelaran-Gelaran Kebesaran Negeri

ADAPUN kuasa menganugerah dan mengujudkan Gelaran-Gelaran Kebesaran Negeri, Darjah-Darjah Kebesaran Negeri dan Ketandaan-Ketandaan Kehormatan Negeri yang lainnya adalah terletak pada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Negeri ini sejak zaman berzaman lagi. Tatkala Negeri ini mencapai kemerdekaannya sebagai salah sebuah Negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu pada 31hb. Ogos 1975 maka satu Perlembagaan Undang-Undang Tubuh bagi Negeri ini telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan untuk diwujudkan, Fasal 44 daripada Undang-Undang Tubuh Perlembagaan ini menegaskan lagi kuasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan untuk menubuhkan dan mewujudkan Gelaran-Gelaran Kebesaran Negeri dan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri serta melantik orang-orang tertentu menyandang Gelaran-Gelaran Kebesaran Negeri, serta juga melantik mana-mana orang yang berjasa berbakti dan berkhidmat cemerlang kepada Raja Pemerintah dan Negeri, menjadi Ahli-Ahli bagi Darjah-Darjah Kebesaran Negeri dan juga menganugerahkan Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Ketandaan Kehormatan Negeri yang diwujudkan dalam Negeri ini.