Lambang Kebesaran Al-Sultan Kelantan - Mahkota


ahkota ialah pakaian Kebesaran Raja yang berdaulat. Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail telah bertitah supaya Kerajaan membuat sebuah Mahkota sebagai pegangan lambang pusaka Kerajaan Kebawah Duli pada hari Pertabalan dan Kemahkotaan mengikut adat resam zuriat Baginda. Mahkota ini diperbuat daripada 16 bungkal emas sepuluh mutu berukiran timbul dengan daun-daun dala muda; dan ditengah ukiran itu diterapkan Lambang Negeri. Pada atas ganja di perbuat bulan bintang pecah lima, dan dialaskan dengan baldu biru Raja bagi menaikkan sinaran kilauan cahaya emas itu.

Mahkota ini telah menjadi satu daripada alat Kebesaran Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail pemerintah Kelantan yang kegelapan mengikut pertalian Baginda Long Yunus. Mahkota ini dipakai kali yang pertama pada hari Kemahkotaannya iaitu pada 28 haribulan April, 1921.

Semasa Pemerintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Petra, mahkota ini telah diperolakan lagi dengan menambahkan 470 permata berlian dan 52 biji permata-permata zamrud dan delima, dan semasa pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra, 721 permata berlian dan 44 permata zamrud telah ditambahkan pula bagi meningkatkan lagi keelokan mahkota ini. Pada sejana lingkungan ganjanya di bahagian bawah disalut pula dengan bulu ‘ermine’ putih bersih lagi lembut. Mahkota ini akan digunakan bagi kali yang pertama oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra sebagai lambang kedaulatan dalam istiadat Kemahkotaan Baginda pada 30hb. Mac, 1980.