Lambang Kebesaran Al-Sultan Kelantan - Tepak Sireh Istiadat DiRaja


iantara alat-alat kebesaran dan tanda kebudayaan Raja-Raja dan umat-umat Melayu turun temurun ialah tepak. Tepak Kerajaan yang diterakan didalam gambar ini diperbuat daripada kira-kira dua belas bungkal emas sepuluh mutu; pada seluruh bahagiannya diukir timbul dengan ukiran seni daun-daun kebangsaan Melayu. Pada tengah-tengah bahagian tudung tepak ini, didalam lingkungan awan larat terterap Lambang Kerajaan Kelantan. Tepak ini berbendul dan berkaki, panjangnya 111/2 inci, dialaskan dengan perak puteh. Petak pertama mengandungi 5 gembot dan disebelahnya terletak permotong pinang (celakati). Pada petak yang kedua ialah bahagian untuk menyimpan barang-barang lain.

Tepak ini telah menjadi satu daripada alat-alat kebesaran Istiadat DiRaja dan diletakkannya didalam sebuah pha beralas kain baldu kuning Raja, disebelah kiri tingkat kedua Singgahsana di atas satu peti yang diperbuat dari kayu Sena Bima berlok-lok sejana lela.